Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal PersekolahanKAPIT: Pejabat Pelajaran Daerah Kapit telah mengadakan Majlis penyampaian bantuan khas awal persekolahan (BKAP) bertempat di Dewan Suarah Kapit pada 30 Februari 2013. Cek tersebut telah disampaikan oleh, YB Datuk Alexander Nanta Linggi, ahli parlimen P.215 Kapit kepada Guru Besar dan Pengetua sekolah. Turut hadir pada iaitu Ahli Parlimen P.216 Hulu Rajang, YB Datuk Billy Abit Joo, Ketua-ketua Jabatan, Ketua masyarakat, ibu bapa dan pelajar sekolah rendah dan menengah di Daerah Kapit.
|
Promosi Pendidikan Teknikal & Tegas Jelajah SekolahKAPIT: Tabung Gagasan Anak Bumiputra Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Kapit telah menganjurkan promosi pendidikan teknikal jelajah sekolah. Program yang berlangsung selama 1 hari itu bertujuan mendedahkan kepada para pelajar peluang melanjutkan pelajaran dan potensi pekerjaan bagi pelajar yang berminat dalam bidang teknikal.
Matlamat program -Menimbulkan kesedaran dalam kalangan belia tentang peranan TEVT yang memangkin pembangunan Negara; -Menjelaskan tentang pembangunan SCORE dan peluang-peluang yang dicipta oleh SCORE; -Memaklumkan tentang jenis dan kategori peluang pekerjaan dalam industri-industri sehingga 2015; -Memaklumkan senarai kursus teknikal, institusi teknikal dan agensi-agensi yang menyediakan dana pendidikan teknikal dan; -Menunjukan laluan (pathway) bidang pendidikan teknikal dan bidang akademik. Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi, Ahli Parlimen P.215 Kapit. Hadir bersama, Yang Bhg. Encik Dahim Nadot, Residen Bahagian Kapit, Awangku Merali Pengiran Mohamed, Pegawai Unit Pembangunan Tenaga Kerja / Ketua Penyelaras TEGAS, Elvis Didit, Pegawai Daerah Kapit. |