Masa SekarangAnda Pelawat Ke: |
Sejarah PKGPusat Kegiatan Guru Daerah Kapit telah diwujudkan pada Januari 1995 dan ditempatkan secara menumpang di Sekolah Kebangsaan Methodist Kapit. Kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kampong Baru pada awal Januari 1997 sehingga sekarang.
Pusat Kegiatan Guru Daerah Kapit terletak di dalam kawasan sekolah SK Kampong Baru. Ia terletak kira-kira 2 kilometer dari Pejabat Pelajaran Gabungan Kapit dan 7 kilometer dari Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Kapit. Sehingga kini Pusat Kegiatan Guru Daerah Kapit masih lagi menumpang di Sekolah Kebangsaan Kampong Baru, Kapit. Perkembangan OrganisasiSejak Pusat Kegiatan Guru Daerah Kapit diwujudkan (1995), PKG dikendali dan ditadbir urus oleh seorang Penyelaras Pusat Kegiatan Guru sehingga jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32 dan Penolong Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29 serta Pembantu Tadbir N17 diwujudkan pada tahun 2005. Manakala Juruteknik Komputer FT17 diwujudkan pada tahun 2009.
Bagi Pusat Kegiatan Guru Daerah Kapit stafnya sekarang mempunyai tiga orang yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan, Pembantu Tadbir dan Juruteknik Komputer. Pada awalnya hanya Juruteknik Komputer dan Pembantu Tadbir sahaja, kemudian Pegawai Teknologi Pendidikan diisi oleh Encik Mohd Adnan Bin Baharuddin yang mula bertugas di PKG Kapit pada 02 November. Pusat Kegiatan Guru Daerah Kapit mempunyai 45 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah sebagai sekolah ahli yang berselerak di kawasan seluas 15,595.60 kilometer persegi (Daerah Kapit). Kebanyakan (80%) sekolah daerah Kapit hanya dapat dihubungi melalui sungai. Bilangan guru ialah seramai 1177 orang yang tidak merangkumi guru sandaran tidak terlatih seramai 78 orang. Enrolmen murid bagi daerah Kapit ialah 13646 orang iaitu 8047 murid sekolah rendah dan 5599 murid sekolah menengah. Infra Struktur PKG KapitKemudahan-kemudahan Sedia Ada
Pusat Kegiatan Guru Daerah Kapit menyediakan kemudahan-kemudahan seperti fotostat, merakam salin CD dan kaset audio, komputer, perpustakaan dan lain-lain kepada guru-guru serta masyarakat setempat. Kemudahan internet juga agak terhad kerana pejabat tidak mempunyai banyak komputer. Kemudahan internet ini disambung dari Pusat Akses Sekolah SK Kpg. Baru. PINJAMAN CD&VCD, BUKU DAN BILIK MESYUARAT PERPUSTAKAAN RAKAM SALIN RAK MAJALAH |